Bintang Brazil, Neymar, berkata dia hilang kata-kata untuk menggambarkan perasaannya dapat kembali melakukan penampilan pertama bersama Santos selepas kepulangannya ke pangkuan kelab itu.
Penyerang itu menyertai semula kelab zaman remajanya minggu lalu, di mana dia pernah menjaringkan 136 gol daripada 226 penampilan sekitar 2009 hingga 2013 sebelum menjadi bintang dunia bersama Barcelona dan Paris Saint-Germain (PSG).
Santos terikat 1-1 dengan Botafogo dalam Kejohanan Brazilian Paulista semalam dan penyokong mereka menyalakan lampu telefon bimbit sebagai meraikan kepulangan penyerang kesayangan mereka, Neymar, yang dimasukkan sebagai pemain gantian.
Dia dimasukkan dalam babak kedua ketika Santos sedang mendahului dan walaupun mereka kemudian dibolosi untuk sekadar seri, Neymar diberikan Anugerah Pemain Terbaik Perlawanan.
"Saya hilang kata-kata untuk menggambarkan perasaan ini," kata Neymar, yang memenangi enam trofi sepanjang tempoh pertamanya bersama Santos.
"Saya memerlukan lebih perlawanan. Saya bukan berada di prestasi 100 peratus. Saya tidak jangka dapat berlari dan melakukan banyak gelecekan malam ini. Saya akan berasa lebih baik selepas empat atau lima perlawanan lagi.
"Saya amat sayangkan Santos. Saya hilang kata-kata untuk perasaan yang saya rasakan ketika turun ke padang hari ini.
"Ia perlawanan yang sukar. Mereka gemar melakukan marking di bahagian belakang, mereka pasukan yang banyak bertahan.
"Saya fikir ia masa untuk saya lebih bersabar dan mendapatkan latihan," katanya.