WC QUALIFYING

New Zealand kembali ke Piala Dunia selepas 16 tahun

Ariez Danysh 24/03/2025 | 10:18 MYT
New Zealand melayakkan diri ke Piala Dunia 2026 selepas menewaskan New Caledonia 3-0 di Stadium Eden Park bagi kelayakan Piala Dunia Zon Oceania.
Skuad Kiwi yang layak ke edisi 2026 selepas 16 tahun tidak menempatkan dirinya ke kejohanan berprestij dunia itu.
Perlawanan yang sungguh dramatik sebentar tadi itu menyaksikan New Caledonia turun bagi mengekang kemaraan New Zealand, dan ketika perlawanan seakan-akan menuju seri tanpa jaringan, sebaliknya selepas 60 minit permainan barulah All-White menemui rentak jaringan pertama menerusi Michael Boxall pada minit ke-61.
Selang lima minat jaringan pertama itu, New Zealand terus merobek gawang New Caledonia hasil jaringan Kosta Barbarouses pada minit ke-66.
All-Whites terus menambah derita New Caledonia selepas jaringan ketiga oleh Elijah Just menutup terus peluang New Caledonia untuk ke temasya di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada.