Skip to main content

Bola Sepak

Neville optimis Amorim perlu bawa masuk tiga muka baru perkuat Manchester United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

amorim.jpg
Bekas pertahanan Manchester United, Gary Neville, percaya Ruben Amorim memerlukan dua atau tiga pemain baru pada jendela perpindahan akan datang untuk membina skuad terbaik untuk bermain dengan sistemnya.

United kini berada di tangga ke-15 dalam carta Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas kekalahan mereka kepada Tottenham Hotspur 1-0.

Keputusan itu menjadikan keputusan tewas kesembilan buat Amorim dalam semua pertandingan sejak mengambil alih tugas daripada Erik Ten Hag pada November lalu. 






Dalam pada itu, The Red Devils turut kehilangan Lisandro Martinez, Amad Diallo dan Kobbie Mainoo yang terpalit dengan masalah kecederaan selain memerlukan tempoh pemulihan jangka masa panjang.

"Seberapa pantas Amorim boleh melakukan, bukan sahaja mendapatkan pemain yang bagus tetapi mendapatkan pemain yang boleh masuk dalam sistem ini?" tanya pakar Sky Sports kepadanya.

"Ia sebuah sistem yang pelik, 3-4-3. Ia adalah sistem di mana anda perlu mencari pemain tengah yang cukup bagus untuk bermain antara satu sama lain dan meliputi banyak kawasan.

"Seberapa cepat Amorim dan pasukannya sampai ke tahap di mana mereka boleh menyesuaikan skuad ini menjadi skuad 3-4-3?

"Ia akan menjadi sekurang-kurangnya dua hingga tiga perpindahaan. Mereka telah kehilangan 300 juta dalam tempoh tiga tahun sebelum ini, terdapat banyak pembaziran untuk tahun kebelakangan ini." katanya dalam The Gary Nevill Podcast itu.

Advertisement

Must Watch Video