Bintang tengah Wolverhampton Wanderers, Ruben Neves, berkata dia mahu kekal bersama pasukan selepas dinaikkan ke Liga Perdana Inggeris (EPL) walaupun menarik perhatian Liverpool dan Manchester United.
Neves merupakan tonggak utama Wolves apabila menjuarai Liga Kejuaraan selepas berhijrah dari FC Porto dalam satu perpindahan mengejut bernilai GBP15.8 juta (RM84.5 juta).
Prestasi cemerlang yang ditampilkan pemain skuad kebangsaan Portugal itu – termasuk enam jaringan liga – telah menarik minat United dan Liverpool untuk mendapatkannya.
Bagaimanapun, bercakap ketika jelajah bas terbuka semalam, Neves menegaskan dia mahu kekal bersama Wolves.
“Saya datang ke sini untuk membantu pasukan dan mereka juga membantu saya dengan bagus. Saya rasa kami mencapai sasaran, tidak kira secara peribadi atau berpasukan.
“Sesuatu yang normal apabila pasukan besar melihat hasil kerja anda, bukan sekadar saya tetapi semua pemain tetapi saya gembira di sini,” kata Neves.
“Saya mahu kekal di sini dan menikmati saingan EPL bersama pasukan hebat ini.”
Neves kini telah melakukan lima penampilan buat Portugal dan berharap namanya disenaraikan Fernando Santos bagi mewakili juara Eropah itu di pentas Piala Dunia 2018, bulan depan.