Manuel Neuer mahu Bayern Munich mempamerkan aksi yang mantap untuk bangkit daripada kekalahan kepada Hoffenheim dalam aksi pembukaan Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Anderlecht.
Dua jaringan Mark Uth membantu Hoffenheim menewaskan Bayern 2-0 di Rhein-Neckar-Arena, di mana Sebastian Rudy mengalami kekalahan pertama berdepan kelab yang ditinggalkannya pada penghujung musim lalu.
Carlo Ancelotti menurunkan Franck Ribery, Arjen Robben dan James Rodriguez dari bangku simpanan, kesebelasan utamanya meletakkan sasaran untuk aksi UCL berdepan juara Belgium itu di Allianz Arena, dan kapten pasukan, Neuer, meminta rakan sepasukannya memberikan yang terbaik.
"Selepas kekalahan kepada Hoffenheim, kami memerlukan kemenangan ke atas Anderlecht," kata Neuer.
"Ia tidak mengira di mana Bayern beraksi, setiap pemain perlu bertanggungjawab dalam setiap perlawanan.
"Beraksi di laman sendiri bagi saingan UCL, kami perlu mempamerkan dominasi dan mencipta banyak peluang.
"Kami telah menganalisis gaya permainan Anderlecht dan cuba memahaminya.
"Sangat penting buat Bayern untuk memulakan kempen UCL dengan baik, terutama sekali beraksi di laman sendiri. Kami akan cuba untuk melakukan yang terbaik dalam setiap kejohanan yang disertai.
"Beraksi dalam saingan Eropah sentiasa berbeza berbanding dengan domestik. Kami perlu mendahului Anderlecht dan mengawal perlawanan ini."