Bintang Bayern Munich, Manuel Neuer berang dengan Gianluigi Donnarumma dan menyalahkan pemain itu sebagai punca Jamal Musiala mengalami kecederaan ngeri ketika Bayern Munich tewas 0-2 kepada Paris Saint-Germain (PSG) dalam perlawanan Piala Dunia Kelab di Amerika Syarikat awal pagi tadi.
Perlawanan itu menyaksikan PSG menewaskan Bayern 2-0 meskipun kehilangan dua pemain menuju ke penghujung aksi.
Desire Doue meletakkan wakil Perancis itu di depan pada minit ke-78 tetapi Willian Pacho dan Lucas Hernandez kemudian dilayangkan kad merah, masing-masing pada minit ke-82 dan waktu kecederaan.
Kekurangan itu tidak menghalang PSG untuk menambahkan satu lagi gol hasil jaringan Ousmane Dembele sebelum wisel penamat.
Bagaimanapun, aksi berkenaan turut terpalit dengan insiden ngeri, di mana pergelangan kaki Musiala dilaporkan patah ketika bertembung dengan penjaga gol PSG, Donnarumma.
Pemain sayap Bayern itu mengerang kesakitan dengan pergelangan kaki kirinya kelihatan terkulai dan Donnarumma pula dilihat menggigil dan menangis menyaksikan kecederaan yang dialami Musiala.
Rakaman menunjukkan kaki Musiala tersangkut di antara lengan dan badan Donnarumma dan impak daripada jatuhan badan kedua-dua pemain itu menyaksikan pergelangan kaki Musiala berputar dan terkehel dengan ngeri.
Penjaga gol Bayern, Neuer, tidak dapat menerima keadaan itu dan menuding jari ke arah Donnarumma.
Dia berkata kepada Sky Sports Germany: "Ia adalah situasi di mana anda tidak perlu masuk seperti itu. Itu mengambil risiko. Dia bersedia menerima risiko untuk mencederakan lawannya."
Neuer menambah Donnarumma hanya melihat keadaan Musiala selepas insiden itu hanya kerana dia didesak untuk melakukannya
"Saya pergi kepadanya dan berkata, 'Tidakkah anda mahu pergi dan melihat pemain kami? Ini soal rasa hormat, pergi ke sana dan mendoakan yang terbaik untuknya'.
"Dia kemudian melakukannya. Fair play sentiasa menjadi sebahagian daripada permainan ini. Saya akan memberikan reaksi berbeza berbanding dia," katanya lagi.

??????? pic.twitter.com/tPG1erT54H
— عبدو (@sir3jr) July 5, 2025