SERIE A
Nesta urus kelab Frosinone
Bekas pertahanan Itali, Alessandro Nesta, dilantik sebagai pengurus Frosinone.
Marco Baroni tidak dapat menghalang Frosinone tersingkir daripada Serie A musim lalu sebelum bekas pemain Lazio, AC Milan dan Itali itu diberi tanggungjawab untuk mengemudi kelab itu.
Semalam, Frosinone mengesahkan perjanjian dengan Nesta dan pengurus berusia 43 tahun itu telah menandatangani kontrak selama dua tahun di Stadio Benito Stirpe.
Iklan
Nesta memulakan kerjaya dalam bidang pengurusan ketika membimbing Miami FC di Amerika Syarikat sebelum beralih angin ke Perugia dalam saingan Serie B musim lalu tetapi mereka terlepas tempat ke Serie A selepas terkandas dalam aksi play-off.
Must-Watch Video