Nenad Bacina ada sedikit pesanan buat Romel Morales
Muzaffar Musa
Disember 13, 2023 20:40 MYT
Disember 13, 2023 20:40 MYT
Ketua jurulatih Kuala Lumpur City FC, Nenad Bacina, menghormati keputusan Romel Morales seandainya penyerang itu berhijrah ke Johor Darul Ta'zim (JDT) musim depan.
Bagaimanapun, ada pesanan yang dititipkan pengendali berkenaan buat anak buahnya itu.
"Benar kontrak Romel akan tamat pada 31 Disember ini dan dia engggan untuk melanjutkan kontraknya sepanjang sebulan ini," kata Bacina kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.
"Itulah khabar anginnya ketika ini, saya tiada apa-apa untuk dikomen.
"Jika ia benar, saya mengucapkan selamat maju jaya buatnya.
"Dia seorang pemain yang baik tetapi dia perlu mengubah sedikit sikapnya dalam beberapa sesi latihan tetapi dia memiliki potensi yang amat besar.
"Dia kini sudah berusia 26 tahun dan saya perlu katakan, dia perlu lebih matang secara profesional.
"Tetapi sudah pasti kita sedang bercakap mengenai seorang pemain yang amat bagus," katanya.