Tiada perlawanan Liga Super, tetapi Negeri Sembilan mengambil pendekatan dengan mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa tier 2 bagi memastikan kecergasan pemain, dan terus mencari ramuan tersendiri menghadapi saingan tempatan.
Meskipun berstatus kelab, Hobin Jang Hobin bertemu negara di ranking ke-197 dunia, Timor Leste, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban malam tadi.
Skuad kendalian Nidzam Jamil itu memperoleh kemenangan 2-1 dengan 2,138 penonton hadir menjadi saksi persembahan tuan rumah.
Lebih menarik, bekas penyerang Harimau Muda, Luqman Hakim Shamsuddin, mula menemui sentuhan jaringan selepas sekian lama kempunan apabila membantu skuad Jang dengan dua gol pada separuh masa pertama, sekali gus menewaskan pasukan pelawat.
Ia, sudah pasti menjadi pemangkin buat bekas tonggak K.V. Kortrijk itu untuk terus memburu jaringan di peringkat domestik, susulan kerap diturunkan selaku pemain utama Negeri Sembilan.
Bagi Timor Leste pula, mereka akan bertemu Tajikistan dalam aksi Kelayakan Piala Asia pada 18 November ini.
Usai mencatatkan keputusan seri menentang DPMM minggu lalu, Sang Rusa menduduki tempat keenam liga dengan pungutan 12 mata di belakang Selangor.
Dapatkan Sekarang

Semangat Bola Tak Pernah Padam
Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.
Dapatkan Sekarang