LIGA SUPER MSIA
Negeri Sembilan FC bangkit kecewakan Selangor FC
NEGERI SEMBILAN FC 2 SELANGOR FC 2
Negeri Sembilan FC bangkit untuk berkongsi mata dengan Selangor FC dalam aksi Liga Super di Paroi, sebentar tadi.
Selangor menguji benteng menerui Shahrel Fikri Md. Fauzi pada minit ke-17 namun ia sekadar tersasar sebelum Safuwan Baharudin turut melakukan perkara yang sama empat minit kemudian.
Selangor berdepan malam yang panjang apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila layangan kad merah terhadap Yazan Abu Al-Arab kerana menjatuhkan penyerang Negeri Sembilan, Matheus Alves.
Negeri Sembilan ketinggalan terlebih dahulu apabila Nasrullah Haniff Johan menyumbat masuk gol sendiri apabila melakukan halangan terhadap percubaan Herlison Caion pada minit ke-35.
Selangor terus mengasak kubu lawan dan Shahrel sekali lagi berpeluang namun gagal membuahkan hasil.
Skuad kendalian Michael Feichtenbeiner meneruskan rentak cemerlang apabila berjaya menggandakan jaringan, sepakan penalti Caion meletakkan Gergasi Merah mendahului 2-0 lima minit selepas separuh masa kedua bersambung.
Negeri Sembilan seakan dihembus nafas baru apabila mengurangkan defisit jaringan pada minit ke-56 hasil sepakan penalti yang disempurnakan Herold Goulon.
Skuad bimbingan terus mengancam kubu Selangor dan berjaya menyamakan kedudukan Adetu Kossi pada minit ke-76.
Percubaan demi percubaan yang dilancarkan Negeri Sembilan hingga ke penghujung permainan dalam usaha mendapatkan jaringan kemenangan namun satu mata dikongsi oleh kedua-dua pasukan.
Keputusan lain:
SARAWAK UNITED FC 1 PENANG FC 1
MELAKA UNITED 0 SABAH FC 1
Imej: Selangor FC