Skip to main content

Bola Sepak

Ndombele bantu Tottenham capai 'tahap berbeza', kata Poyet

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tanguyndombele_1.jpg
Bekas pemain tengah Tottenham, Gus Poyet, memuji Tanguy Ndombele kerana membantu Spurs mencapai "tahap berbeza" musim ini.

Ndombele bergelut sepanjang musim pertamanya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak menyertai kelab itu daripada pasukan Ligue 1, Lyon, dengan pembayaran awal dilaporkan bernilai €62 juta (RM303.3 juta).

Tetapi pemain tengah itu kembali menemui sentuhannya musim ini dengan membantu Spurs menduduki tangga keenam EPL menjelang aksi penting menentang juara bertahan, Liverpool, awal pagi esok.

Poyet, yang mewakili Spurs dari 2001 hingga 2004, berkata dia amat kagum dengan cara Ndombele mengembalikan prestasinya musim ini.

"Daripada pandangan luar, ini adalah pandangan yang saya harap semua orang akan faham tentang apa yang saya katakan, ia kelihatan seperti dia tidak menjadi sebahagian daripada perancangan (Jose) Mourinho. Ia seakan-akan ada konflik idea," kata bekas penyerang Uruguay itu kepada Stats Perform News.

"Tetapi kini, bagi saya ia kelihatan seperti, selepas pramusim, Ndombele faham peranannya dengan sempurna, dia bermain di posisi yang lebih ke depan dan ia benar-benar memberikan kesan kepada perlawanan dengan cara yang luar biasa.
 
"Di mana ia mungkin apa yang Mourinho cuba untuk meyakinkannya musim lalu bahawa ada sesetengah pemain dapat menyesuaikan diri dengan tepat dan ada sesetengah pemain memerlukan sedikit masa.

"Dan dengan tenaganya, kualiti hantarannya dan gol yang dijaringkannya, ia membantu Tottenham ke tahap berbeza.

"Kerana harus diingat, posisi itu dahulunya diisi oleh Christian Eriksen atau Dele Alli dan sekarang kita dapat melihat Ndombele mengisi tempat itu setiap masa, jadi ia kisah yang menarik dan dia boleh menjadi pemain utama buat mereka," katanya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video