Skip to main content

Bola Sepak

Nazrin akui keputusan keluar dari JDT tepat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

24717nazrinnawi.jpg
Pemain sayap kiri Perak, Mohd Nazrin Mohd Nawi, gembira kerana keputusannya berhijrah ke Perak adalah tepat untuk menaikkan kembali kariernya yang sedikit suram ketika bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) sejak beberapa musim lalu.

Nama Nazrin melonjak ketika bersama Negeri Sembilan pada 2013, namun selama tiga musim di JDT, dia mengakui berdepan kesukaran bersaing dengan ramai pemain ternama.

Justeru, dia tidak berfikir panjang sebaik menerima tawaran Perak pada musim ini dan pendiriannya itu berbaloi selepas kerap disenaraikan dalam kesebelasan utama.

"Sukar untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama (JDT). Keputusan berhijrah ke Perak adalah tepat untuk saya kembali kerap beraksi di atas padang," katanya.

Selain itu, anak jati Tumpat, Kelantan itu turut bercita-cita kembali menyarung jersi Harimau Malaya selepas kali terakhir pada 2015.

Dia mengakui sudah lama merindukan aksi pentas antarabangsa, terutama mahu membantu pasukan negara dalam pusingan kelayakan Piala Asia 2019.

"Kali terakhir saya menyarung jersi kebangsaan pada 2015 berdepan Macau dan saya berharap dapat mempertingkatkan mutu permainan saya sebelum kembali ke pentas antarabangsa."

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video