Pengendali Selangor, Nazliazmi Nasir, enggan menyifatkan pasukannya sebagai tempang menjelang aksi pembukaan kempen Piala Malaysia di Stadium Shah Alam.
Juara 33 kali itu bakal berdepan PKNP FC malam esok setelah diundi dengan Pahang dan Sabah dalam Kumpulan D.
"Undian itu memperlihatkan setiap pasukan mempunyai peluang seimbang untuk ke pusingan seterusnya.
"Tetapi seperti yang kita tahu, Pahang merupakan sebuah pasukan yang kami perlu awasi di samping PKNP dan Sabah," katanya.
Gergasi Merah bakal turun tanpa tonggak utama seperti Syahmi Safari, Ilham Udin Armaiyn dan Evan Dimas Darmono yang mengharungi kempen Sukan Asia Indonesia 2018.
"Sudah semestinya keseimbangan di setiap posisi (yang ditinggalkan mereka) sedikit terganggu kerana dalam tiga perlawanan terakhir, mereka bermain dengan cukup baik.
"Mereka memberi impak yang cukup berkesan di jentera tengah dan serangan Selangor.
"Tetapi, saya percaya dengan kemampuan rakan sepasukan mereka yang lain untuk menggantikan tempat mereka bertiga.
"Lebih-lebih lagi dengan kembalinya Willian Pacheco dan Amirul Haziq yang baru pulih daripada kecederaan," katanya lagi.