Skip to main content

Bola Sepak

Nazliazmi ketepi sentimen dengan Semut Merah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nazliazmi-nasir.jpg
Pengendali Selangor, Nazliazmi Nasir, akan mengetepikan ikatan hubungannya dengan PKNS FC apabila mencatur pendekatan taktikal terbaik bagi menangani kelab itu dalam aksi separuh akhir Piala FA esok dan 30 Jun ini.

Berbekalkan pengalaman sembilan tahun sebagai anggota Semut Merah dari musim 2000 hingga 2009, Nazliazmi mengakui kelab itu sentiasa mempunyai tempat istimewa di hatinya.

Namun, selaku jurulatih Selangor, kini tanggungjawabnya adalah untuk memastikan kemaraan Gergasi Merah ke pentas final Piala FA.

"Bohong kalau saya tidak berasa sebarang sentimen untuk bertemu bekas majikan dan selaku bekas pemain PKNS tetapi saya bersikap profesional. 

"Adam Abdullah (barisan kejurulatihan PKNS) merupakan bekas jurulatih saya, begitu juga dengan Rajagobal. 

"Inilah kehidupan dan bola sepak. Saya menganggap ini platform buat saya dalam Liga Malaysia (Liga M)," katanya. 

Saingan Piala FA kini menjadi sasaran terbaik Selangor untuk memastikan musim 2018 berakhir dengan sekurang-kurangnya satu gelaran.

Tambah Nazliazmi, ia bukan misi mustahil sekiranya pemain terus menjana kerjasama erat sepasukan yang mantap.

"Pada awalnya, kualiti pemain termasuk import, diragui. Namun, pemain-pemain sedar kerjasama sepasukan lebih penting daripada kebolehan individu dan pemain senada dengan saya.

"Saya harap konsistensi pemain dapat diteruskan," katanya lagi. 
 

Advertisement

Must Watch Video