Skip to main content

Bola Sepak

Nasir mahu kembalikan kegemilangan bola sepak Kelantan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

6917nasir.jpg
Naib Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Datuk Muhammad Nasir Hamzah, mahu memastikan tiada lagi isu tunggakan gaji membabitkan persatuan itu selepas beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan presiden dalam Kongres Pemilihan KAFA, 17 September ini.

Kerusi panas presiden KAFA kosong selepas penyandangnya, Tan Sri Annuar Musa, meletakkan jawatan pada November tahun lalu.

Dipangku Datuk Seri Afandi Hamzah, kerusi nombor satu KAFA itu kini menjadi rebutan membabitkan beberapa individu.

Antara calon yang disebut-sebut adalah Nasir yang menggariskan beberapa perkara utama dalam manifestonya bagi merebut jawatan berkenaan.

"Kita pernah berjaya, kita merangkul tiga juara dalam satu musim. Jadi, kenapa daripada tiga juara sampai tiada apa-apa. Mesti ada masalah-masalah dan perkara yang tidak betul.

"Saya tidak merujuk kepada sesiapa tetapi saya menawarkan diri saya. Saya boleh buat kerja dan saya rasa saya boleh membina semula. 

"Tujuan saya adalah untuk membina semangat dan mengembalikan kegemilangan bola sepak Kelantan," katanya.

Apa pun, jawatan tertinggi KAFA bagi penggal 2017-2021 itu akan ditentukan oleh 52 perwakilan.

Walaupun tiada pertandingan bagi merebut jawatan itu lebih sedekad lalu, Nasir yang sudah berkhidmat selama enam tahun dalam pentadbiran KAFA turut sedia berdepan dengan calon lain.

"Apabila saya menawarkan diri untuk bertanding, maka saya bersedia untuk menghadapi sesiapa sahaja. Cuma saya berharap supaya tidak ada pertandingan (untuk jawatan itu). 

"Saya yakin saya boleh bekerjasama dengan semua orang dan saya harap calon atau bakal-bakal calon, datanglah bekerjasama dengan saya," tambahnya.   

Calon Presiden KAFA

Datuk Muhammad Nasir Hamzah 
• Naib Presiden KAFA

Amir Ramadzan Ibrahim
• Usahawan Produk Kecantikan

Bibi Ramjani Ilias Khan
• Usahawan Batik

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video