Skip to main content

Bola Sepak

Nasir, Bibi Ramjani rebut jawatan presiden KAFA

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kafa-presiden.jpg
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang baharu hanya akan ditentukan melalui pertandingan satu lawan satu di antara naib presiden, Datuk Muhammad Nasir Hamzah, dan usahawan wanita, Bibi Ramjani IIias Khan, dalam kongres pemilihan ke-63 persatuan itu, Ahad ini.

Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail Md Noor, berkata hanya dua individu daripada lima yang dicalonkan telah mengesahkan pencalonan bagi kerusi nombor satu KAFA itu selepas tempoh penerimaan pencalonan tamat jam 5 petang semalam.

“Sementara itu, jawatan nombor dua (timbalan presiden), akan melibatkan pertandingan di antara penyandang, Datuk Seri Afandi Hamzah, dan naib presiden, Datuk Rosmadi Ismail.

"Bagi jawatan naib presiden, lima calon mengesahkan akan bertanding, iaitu Datuk Rosli Abd Aziz, Datuk Nik Izani Nik Ibrahim, Amir Ramadzan Ibrahim, Nik Pakheruddin Nik Abdul Kadir dan Azman Ibrahim.

“Saingan sengit juga berlaku untuk merebut jawatan Ahli Jawatankuasa Eksekutif KAFA apabila 22 calon menawarkan diri untuk 10 kerusi itu bagi penggal 2017-2021,” katanya. 

Ismail juga menjelaskan, bagi jawatan presiden, artikel 39(2) akan digunakan pakai untuk menerangkan konsep dua pertiga undi diperlukan bagi menentukan pemenang jawatan tersebut.

“Jika jumlah undian tersebut gagal diperolehi, maka undian kali kedua akan diadakan di mana calon yang mendapat majoriti mudah akan keluar sebagai pemenang. Bagi jawatan timbalan, naib dan jawatankuasa eksekutif KAFA, pemenang akan dikira berdasarkan jumlah undian tertinggi.

“Untuk makluman semua, KAFA telah melantik peguam, Rosley Izmin, sebagai pengerusi jawatankuasa pemilihan bebas yang akan mengendalikan proses pemilihan dan pengiraan undi pada 17 September nanti,” katanya.

Advertisement

Must Watch Video