Skip to main content

Bola Sepak

Nasib pemain Melaka United, Sarawak United perlu dibela -- Brendan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

selangor-brendan-gan.jpg
Kapten Harimau Malaya, Brendan Gan, berharap isu tunggakan gaji yang sedang membelenggu pemain Melaka United dan Sarawak United dapat diselesaikan.

Menurutnya, dia sedih dengan apa yang berlaku kepada pemain kedua-dua pasukan itu, apatah lagi mereka perlu menyara keluarga dan ada komitmen lain yang perlu dibayar.

"Ia sesuatu yang bagus untuk berada dalam pasukan yang mempunyai kewangan stabil. Sangat sedih untuk pemain (Melaka United dan Sarawak United) yang berada dalam situasi itu kerana mereka ada keluarga dan bil untuk dibayar, sama seperti orang lain," katanya.

Brendan berkata, dia bersyukur mendapat majikan seperti Selangor FC yang tidak akan membenarkan sama sekali perkara itu berlaku dalam pasukan.

"Bagi kami pula, sangat bagus untuk memiliki pengurusan yang sentiasa memastikan kebajikan pemain. Ia salah satu perkara positif untuk berada dalam kelab ini," katanya lagi.

Isu tunggakan gaji terus membelenggu pemain Melaka United dan Sarawak United apabila Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) mendedahkan lebih RM2.7 juta gaji masih belum dibayar oleh kedua-dua pasukan itu kepada pemain mereka.

Ia membabitkan RM2.3 juta oleh Melaka United dan lebih RM400,000 kepada pemain Sarawak United bagi tempoh enam bulan bermula Julai sehingga Disember tahun lalu.

PFAM turut menegaskan akan membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan untuk memastikan pemain mendapat pembelaan dan hak mereka.

Kredit: Sinar Harian

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video