Skip to main content

Bola Sepak

Nak tiru JDT macam mana, padang latihan pun tiada -- Azraai Khor

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jdt-1.jpg
Kejayaan Johor Darul Ta'zim (JDT) merangkul gelaran quadruple dua edisi berturut-turut memberi mesej jelas buat pencabar mereka untuk bangkit membina skuad yang lebih mantap bagi musim-musim mendatang.

Malah, jurulatih berpengalaman, Mohd Azraai Khor Abdullah berharap sistem dan falsafah yang dibina JDT sejak 2013 menjadi penyuntik semangat dan ikutan buat kelab Liga Malaysia (Liga-M) lain.

Meskipun tidak nampak mana-mana kelab yang mampu menyaingi JDT dari segenap aspek ketika ini, Mohd Azraai berharap usaha ke arah pembinaan kejayaan itu perlu bermula daripada sekarang.

“Dalam tempoh lima tahun ke depan ini dan mungkin ambil masa lebih lama, saya tak nampak pasukan yang boleh lawan JDT. Bukan mahu menafikan pasukan lain tetapi itulah hakikatnya.

“Nak tiru JDT macam mana, padang latihan pun tiada. Nak bina skuad mantap fasaliti tak cukup. Masalah gaji masih berlaku. Barisan pengurusan bertukar-tukar.

“Kita lihat TMJ (Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim) ada misi dan wawasan. Itu yang patut kelab lain buat, takkan mahu tengok sahaja (perancangan dan kejayaan JDT),” katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.

Beliau berkata, situasi yang berlaku tersebut secara tidak langsung boleh menjejaskan imej bola sepak Malaysia di mata negara jiran seperti Thailand dan Vietnam.

“Biasa disebut, kita jaga liga kita, tetapi ada pasukan tak jaga kebajikan pemain. Masih ada lagi pasukan yang berdepan kesukaran untuk baharui lesen kelab.

“Sampai bila kita mahu biar ia berlarutan, bagai tiada kesudahan,” katanya yang pernah membimbing Kedah meraih gelaran double treble pada musim 2006/2007 dan 2007/2008.

Mohd Azraai turut berharap pengurusan kelab lain harus bertindak segera bagi mengelak jurang yang lebih besar dengan skuad Harimau Selatan itu.

“Periksa dan semak kelemahan pasukan. Kukuhkan hubungan dengan pihak penaja untuk membina kewangan yang baik, selain membina misi yang jelas buat kelab untuk bentuk pasukan yang mantap,” jelasnya.

JDT mengukuhkan reputasinya di pentas Liga-M selepas mempertahankan Piala Malaysia setelah menewaskan Terengganu FC (TFC) 3-1 dalam aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat lalu.

Kejayaan itu menyaksikan JDT meletakkan penanda aras baharu apabila muncul kelab pertama memenangi empat piala - Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih dalam satu musim buat kali kedua berturut-turut.-Sinar Harian

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video