Bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo di kem Portugal, Cedric Soares, mendedahkan tabiat tidur efisien bintang Al-Nassr itu.
Menurutnya, ketika tidur Ronaldo akan mengelak keberadaan telefon bimbit di dalam biliknya.
Legenda Manchester United dan Real Madrid itu masih aktif dalam perlawanan kompetitif biarpun sudah berusia 40 tahun. Ronaldo terkenal kerana mengambil berat soal diet dan pola tidurnya untuk kekal secergas yang mungkin.
Cedric memberitahu ESPN Brasil: "Dia berhenti menggunakan telefon bimbitnya pada masa tertentu. Dia berkata ia menjejaskan tidurnya, jadi dia meninggalkannya di luar bilik tidur.
"Pernah juga dia berkata kepada saya, 'Cedric, anda tidak boleh menggunakan 5G kerana ia boleh menjejaskan tidur anda.'
"Ketika itu 5G baru diperkenalkan. Tetapi sekarang saya tidak pasti adakah dia masih mengekalnnya, namun yang pastinya dia menyekat isyarat taliannya untuk (kualiti) tidurnya."