Skip to main content

Bola Sepak

Nak ikut perangai orang yang setiap tahun kalah buat apa? -- TMJ

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tmj.jpg
Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, memberikan pesanan buat pasukannya agar terus komited memburu gelaran dan terus mengharumkan nama Johor Darul Ta'zim (JDT).

Baginda juga berkongsikan akan sentiasa berada bersama pasukan tanpa mengira menang atau kalah.

Menerusi perkongsian di laman Story Instagram, baginda berkongsikan: "Menang atau kalah, bangun atau jatuh. Saya akan berjuang dan berdiri bersama mereka ini sampai penghujung. Tidak akan tinggalkan sesiapa di belakang.

"Kerana itu kita berada di mana kita berada sekarang ini. Orang lain nak jadi gila pasal dia tak menang apa apa itu dia punya pasal.

"Yang awak semua bertahun tahun menang, nak ikut perangai orang yang setiap tahun kalah buat apa? Fikir." katanya.

Untuk rekod, juara Liga Super 11 kali berturut-turut itu kini memegang rekod 87 perlawanan tanpa kalah sejak April 2021 dalam saingan liga.

Malah, ketika ini sedang menduduki tangga pertama liga dengan Sembilan mata selepas melakar kemenangan bersih dalam tiga perlawanan setakat ini. 

Football Shoes

Bersedia Untuk Aksi Seterusnya

Lengkapkan diri dengan kasut bola yang beri kawalan, kelajuan & keyakinan di padang.


Gear Up Sekarang

Advertisement

Must Watch Video