Nak bola maju tapi mentaliti tak nak berubah -- TMJ


Oktober 15, 2024 10:05 MYT

Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mahu semua pihak membuka mata terhadap kualiti padang dan rumput di negara ini selepas ada yang masih mempertahankan penggunaan rumput Cow Grass.

Tunku Ismail yang juga Pemangku Sultan Johor berkata, mentaliti mengenai rumput itu perlu diubah sekiranya mahu melihat bola sepak negara melangkah jauh ke hadapan.

"Ini bukan soal cantik. Ini berkenaan permukaan padang yang baik, bola sepak moden. Kalau bagus sangat, negara-negara maju dalam bola dah pakai Cow Grass.

Ini bukan soal cantik. Ini berkenaan good playing surface. Modern football. Kalau bagus sgt negara negara maju dlm bola dah pakai cow grass. Kenapa susah sangat kita nak terima dan belajar daripada mereka yang lebih berjaya? Negara Laos yang miskin pun padang lagi cantik daripada… https://t.co/0MyOYlDm1b

— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) October 13, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

"Kenapa susah sangat kita nak terima dan belajar daripada mereka yang lebih berjaya? Negara Laos yang miskin pun padang lagi cantik daripada negara kita.

"Masalah padang Cow Grass adalah permukaan padang untuk pasukan bermain dan apabila hujan, air bertakung kerana padang tersebut adalah 'soil base' bukan 'sand base'. Berlumpur. Nak bola maju tapi 'mind set' masih tak nak berubah," katanya dalam satu hantaran di laman X miliknya.

Sebelum ini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menyalurkan geran berjumlah RM4.6 juta kepada 10 negeri bagi pelaksanaan projek menaik taraf padang bola sepak di stadium utama negeri masing-masing.

Lapan negeri iaitu Negeri Sembilan, Kelantan, Pahang, Terengganu, Selangor, Perak, Kuala Lumpur dan Melaka menerima peruntukan penuh RM500,000 bagi skop kerja menaik taraf saliran dan penukaran rumput.

Stadium Sultan Ibrahim football pitch. Home of @OfficialJohor pic.twitter.com/N1CCOGJGR1

— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) October 14, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Perlis dan Kedah pula masing-masing hanya menerima RM300,000 kerana hanya mahu menaik taraf sistem saliran, manakala Sabah dan Pulau Pinang tidak mahu menerima peruntukan tersebut kerana tidak menaik taraf saliran dan penukaran rumput.

Pada Ahad, Tunku Ismail turut memberikan cadangan kepada pasukan yang tidak mahu mengambil tawaran penukaran rumput jenis Zeon Zoysia supaya memilih rumput jenis Bermuda seperti yang digunakan oleh Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak. - Sinar Harian

#bola sepak malaysia #TMJ
;