BAYERN MUNICH 3 BOCHUM 0
Pengurus Bayern Munich, Julian Nagelsmann, menuntut prestasi yang lebih baik daripada barisan anak buahnya sempena menghadapi pertemuan pertama peringkat 16 Liga Juara-Juara (UCL) menentang Paris Saint-Germain (PSG), awal pagi Rabu ini.
Pendahulu itu melebarkan rekod tanpa kalah kepada 13 perlawanan Bundesliga dengan kemenangan 3-0 ke atas Bochum di tempat sendiri, awal pagi tadi, hasil jaringan Thomas Muller, Kingsley Coman dan Serge Gnabry.
Nagelsmann, bagaimanapun, kurang kagum dengan mutu persembahan pasukannya sambil mencabar pemainnya untuk meningkatkan prestasi dengan mendadak untuk pertembungan lebih menarik di Paris kelak.
"Kami tidak mengikut rentak," katanya kepada Sky Sport.
“Saya fikir jika kami beraksi dengan keupayaan penuh, yang menyeronokkan dan jika kami bergerak dengan betul dan lebih semangat di atas padang, maka saya fikir dalam enam minit pertama kami sepatutnya mendahului dengan 2-0 atau 3-0.
"Kami mempunyai deretan peluang terhidang. Tetapi persembahan kami seperti ketika kami seri tiga perlawanan terdahulu, kami tidak menemui penyudah.
"Secara keseluruhan, ia bukanlah perlawanan yang bagus baik daripada mana-mana pasukan sekalipun.
"Akhirnya, kami tidak menunjukkan mutu aksi yang mencukupi dan kami tidak menyajikan tempo yang menarik ketika ini.
“Kami perlu mempamerkan permainan yang luar biasa di Paris, walaupun Kylian Mbappe mungkin tersisih mereka masih merupakan pasukan bertaraf dunia.
"Jika kami beraksi seperti ini maka ia tidak memadai untuk mara."
Gol Muller itu hadir dalam perlawanan liga ke-428 membabitnya bersama Bayern, sekali gus mengatasi rekod Gerd Muller untuk penampilan Bundesliga terbanyak untuk kelab berkenaan kecuali penjaga gol.
Justeru, hanya Sepp Maier (473) dan Oliver Kahn (429) mendahului penampilannya.
Perlawanan pemain berusia 33 tahun itu berakhir selepas rehat apabila dia digantikan oleh Alphonso Davies, tetapi Nagelsmann berkata tindakan tersebut adalah sebagai langkah berjaga-jaga.
"Dia menanggung sedikit masalah betis," jelas pengurus Bayern itu.
"Saya harap dia tidak apa-apa. Ia tidak buruk; ia lebih kepada langkah berjaga-jaga. Ia terlalu berisiko untuk saya jika dia ditimpa sesuatu."

No better feeling ?#MiaSanMia #FCBBOC pic.twitter.com/Xe9h5yu0fa
— FC Bayern Munich (@FCBayernEN) February 11, 2023