Nafuzi Zain ganti Juan Torres Garrido kemudi skuad B-23 negara?
Najmi Iman
November 20, 2024 07:14 MYT
November 20, 2024 07:14 MYT
Skuad muda B-23 tahun negara dilaporkan bakal mendapatkan khidmat ketua jurulatih Kedah Darul Aman, Nafuzi Zain.
Desas-desus khabar angin yang bertiup kencang itu dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, yang menyatakan Nafuzi menjadi calon pengendali Harimau Muda menggantikan posisi Juan Torres Garrido.
Nafuzi Zain bakal tinggalkan Kedah Darul Aman, difahamkan menjadi calon jurulatih B23 negara. ⏳@ASTROARENA pic.twitter.com/6FedWrBHOu
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) November 20, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Berita melibatkan perpindahan itu belum dipastikan oleh mana-mana pihak sebaliknya menunggu pengumuman rasmi sekiranya langkah tersebut berlaku.
Segelintir penyokong tempatan berpendapat bahawa isu kewangan yang membelenggu Sang Kenari menjadi faktor utama bekas pengendali Terengganu bakal mengangkat kaki daripada pasukan berkenaan.
Sebelum ini, wartawan Astro Arena, Karl Nunis, turut memberi petunjuk bahawa seorang jurulatih terkemuka bakal mengucapkan selamat tinggal kepada sebuah kelab.
??? TERKINI !!! Jurulatih ‘terkemuka’ sebuah pasukan Liga Super bakal ucap selamat tinggal. Bola sepak Malaysia sudah pasti akan terasa kehilangannya…@ASTROARENA
— karlnunis (@_karlnunis) November 19, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Stadium Astro sedang mengikuti rapat perkembangan ini.