Skip to main content

Bola Sepak

Nafuzi tolak sambung kontrak, TFC bakal terima jurulatih baharu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

terengganu-fc.jpg
Terengganu FC (TFC) bakal menerima khidmat ketua jurulatih baharu bagi mengetuai cabaran dalam Liga Malaysia (Liga-M) dan Piala AFC musim depan susulan penolakan lanjutan kontrak oleh Mohd Nafuzi Zain menerusi surat yang diserahkan pada Isnin.

Ketua Pegawai Eksekutif TFC, Ab. Rasid Jusoh berkata, pihak pengurusan serta jawatankuasa teknikal pasukan akan meneliti calon dari dalam dan luar negara yang telah menyatakan minat mengisi jawatan tersebut.

"Kita sudah menerima jawapan daripada beliau (Nafuzi) pada Isnin yang menyatakan tidak bersetuju untuk menyambung kontrak bersama TFC bagi saingan 2023.

"Bagaimanapun, tiada sebarang perubahan dibuat bagi baki saingan Piala Malaysia di mana beliau akan meneruskan sekurang-kurangnya dua perlawanan lagi iaitu aksi separuh akhir.

"TFC akan dilatih pengendali terbaik yang boleh memberikan hasil sama atau lebih baik lagi sebelum Liga Malaysia yang dijangka bermula lewat Februari atau awal Mac tahun depan.

"Sudah ada 'proposal' daripada jurulatih asing dan tempatan untuk jawatan itu namun kita akan membuat penelitian terlebih dahulu sebelum memilih calon terbaik," kata beliau.

kredit: Sinar Harian

Advertisement

Must Watch Video