Ketua jurulatih yang diangkat dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2022, Nafuzi Zain, melabel bahawa di atas kertas Kedah Darul Aman merupakan pasukan kedua di belakang Terengganu.
Bekas ketua jurulatih kelab Pantai Timur tersebut masak benar dengan kemampuan seteru yang bakal dihadapi di Alor Setar itu malam esok, apatah lagi Nafuzi turut dilanda resah berkenaan tahap kecergasan tonggak import di bahagian, Manny Otts, yang belum mendapat lampu hijau.
"Bagi saya, pasukan Terengganu ketika ini adalah yang terbaik sebab mereka dalam persediaan ke Piala AFC.
"Pemain tempatan Terengganu sekarang lebih baik daripada (di bawah bimbingan) saya sebab lebih matang.
"Saya gembira bagi pihak pemain-pemain ini," katanya.
Sementara itu, pemain naturalisasi, Lee Tuck, berazam untuk membantu pasukan melakar kejayaan kedua bagi meneruskan momentum selepas membelasah Perak 4-1, Sabtu lalu.
"Seronok dapat kembali ke Liga Super selepas sekian lama. Kami perlu teruskan usaha kami, perjalanan masih jauh kerana kami mampu beraksi lebih baik.
"Perlawanan esok akan menjadi amat berbeza tapi kami sedang membuat persediaan dengan baik.
"Kami akan turun dengan berkeyakinan," katanya pula.