Skip to main content

Bola Sepak

Nafuzi hargai kesetiaan, semangat pemain KDA FC

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kedah.jpg
Ketua jurulatih Kedah Darul Aman (KDA) FC, Nafuzi Zain menghargai kesetiaan dan semangat pemain pasukannya terutamanya muka lama yang terus memberikan aksi terbaik biarpun dilanda dengan masalah tunggakan gaji pada musim 2023.

Menurutnya, kerjasama diberikan itu secara tidak langsung dapat membantu skuad Sang Kenari untuk membentuk pasukan yang terus berdaya saing bagi menghadapi saingan Liga Super 2024-2025 yang bakal membuka tirai secara rasmi tidak lama lagi.

“Saya kena berterima kasih kepada pemain lama yang masih setia bersama KDA FC walaupun dilanda macam-macam masalah (musim lalu) dan juga kepada pemain baharu yang sanggup bermain (dengan KDA FC).

“Saya sangat menghargai kerana daripada segi persediaan semasa latihan, mereka memberikan yang terbaik. Saya gembira (dengan perkembangan ini). Walaupun kita ada masalah tapi pemain dan pegawai memahami, kita sangat menghargai kesetiaan itu,” katanya pada sidang akhbar di Stadium Darul Aman pada malam Selasa.

Jelasnya, persiapan KDA FC kini berada pada tahap akhir dan kejayaan terbaru menewaskan pasukan jiran, Penang FC 3-1 pada aksi pramusim 2024-2025 mampu meningkatkan lagi semangat para pemainnya.

Biarpun begitu masih ada lagi kelemahan yang perlu diperbaiki dan beliau mahu semua pemain terus fokus dan memberikan perhatian kepada perlawanan menentang kelab yang beraksi pada saingan liga super.

“Kita bermula dengan baik tapi Penang juga melakukan serangan balas baik walaupun beraksi dengan 10 pemain kerana dilayangkan kad merah. Daripada segi persiapan, satu perlawanan yang bagus untuk kedua-dua pasukan,” ujar beliau.

Tambah Nafuzi, semua pemain Sang Kenari perlu membaiki kelemahan menjelang satu lagi aksi pramusim menentang pasukan luar negara pada Sabtu ini juga di Stadium Darul Aman.

Menurutnya, nama kelab tersebut masih belum boleh diumumkan lagi kerana masih lagi di tahap perbincangan antara dua pasukan berkenaan.

“Daripada segi kesebelasan utama, kita masih lagi mencari ramuan. Bertemu Perak FC sebelum ini kita menggunakan pendekatan lain termasuk pada perlawanan malam ini.

“Bagi menjadi seorang pemain yang baik, mesti ada pencapaian yang berjaya dicapai terutamanya konsisten. Apabila berjaya menjadi pemain yang konsisten, ia akan berjaya membantu pasukan untuk mencapai tahap yang konsisten,” kata beliau lagi.

Pada 18 April lalu, KDA FC mengesahkan kelab tersebut berjaya menyelesaikan keseluruhan tunggakan gaji bagi musim 2023 hasil usaha tanpa henti pemilik majoritinya, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shahrul Shamsudin berkata, tunggakan gaji tersebut meliputi semua pemain dan pegawai Pasukan Liga Super, KDA FC B (Piala MFL Bawah 23 Tahun), KDA FC C (Piala Presiden Bawah 20 Tahun), KDA FC D (Piala Belia Bawah 18 Tahun) serta staf pentadbiran kelab.

Menurutnya, tunggakan gaji berjaya diselesaikan pada pada Rabu iaitu sebelum tarikh akhir yang diputuskan oleh Pelesenan Kelab MFL First Instance Body (FIB) pada 20 April.-Sinar

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video