Skip to main content

Bola Sepak

Nacho Mendez tunggu lampu hijau sarung jersi Harimau Malaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mendez.jpg
Pemain warisan baru negara, Nacho Mendez, hanya menunggu lampu hijau untuk menerima panggilan pertama Harimau Malaya selepas mempamerkan aksi berkualiti ketika debut bersama Johor Darul Ta'zim (JDT).

Dalam temubual bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Mendez tampak teruja untuk menyertai barisan skuad kebangsaan tatkala sedia mewarisi jersi nombor 6 dalam skuad Harimau Selatan.

"Saya tidak mengetahui apa yang akan terjadi sehingga September nanti. Saya gembira berada di sini dan berasa baik dengan seluruh Malaysia menerima saya. Merangkul trofi buat pertama kali perasaan yang luar biasa.

"Saya akan lakukan yang terbaik," katanya.

Mendez muncul pemain warisan kelapan negara selepas proses dokumentasinya selesai pada Julai lalu.

Dia mempunyai hubungan dengan Malaysia menerusi datuknya yang berasal dari Pulau Pinang serta berdarah campuran Cuba-Sepanyol dan Malaysia.

Dia menyertai JDT dari kelab devisyen Segunda atau La Liga II, Sporting Gijon, dengan dia cemerlang untuk aksi sulungnya di Liga Malaysia.





Pemain kelahiran Luanco, Sepanyol, berusia 27 tahun itu membantu JDT menewaskan Selangor 3-0 dalam perlawanan Sumbangsih di Iskandar Puteri pada Jumaat lalu.

Dia tampil bertenaga di posisi tengah bertahan sekali gus dicanang sebagai pengganti kepada Natxo Insa.

 
Labubu

Gayakan biru kebanggaan

Jersey Johor Darul Ta'zim (JDT) Home & Away 2024 Football T-Shirt - Unisex Short Sleeve Round Neck Jersey Bola Soccer Tee


Beli Sekarang

Advertisement

Must Watch Video