Mutu pemain tempatan dan naturalisasi tak jauh beza, kata Khalid Jamlus

Muzaffar Musa
Disember 30, 2023 20:23 MYT
Bekas penyerang negara, Khalid Jamlus, berpandangan mutu pemain tempatan dan naturalisasi dalam skuad Harimau Malaya ketika ini tidak memiliki banyak perbezaan.
Menjelang Kejohanan Piala Asia di Qatar bulan depan, Khalid mengakui ketibaan pemain naturalisasi banyak memberikan impak dalam permainan skuad negara tetapi pemain tempatan juga harus merebut peluang untuk lebih menonjol agar dapat disenaraikan dalam kesebelasan utama.
"Harapan saya adalah untuk melihat pemain tempatan lebih menonjol," katanya kepada wartawan Astro Arena, Syifa Nasir.
"Kerana kita tahu daripada segi kualiti, pemain tempatan (dan naturalisasi) tak jauh beza pun.
"Saya juga mengharapkan pemain naturalisasi mmemiliki kualiti yang lebih baik, jadi kita dapat melihat perbezaan di situ tetapi ada beberapa pemain naturalisasi, jika dibandingkan dengan pemain tempatan, kualitinya sama sahaja," katanya.
#bola sepak #Harimau Malaya #Piala Asia #Khalid Jamlus