Skip to main content

Bola Sepak

Mustahil Sporting Kansas City pancing Cristiano Ronaldo

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ronaldo.jpg
Sporting Kansas City tidak mungkin membuat tawaran untuk menandatangani Cristiano Ronaldo dalam usaha bersaing dengan Inter Miami yang membawa masuk Lionel Messi.

Perkara itu ditegaskan oleh jurulatih SKC, Peter Vermes.

Sporting berminat untuk mendapatkan Ronaldo selepas pemilik lima Ballon d'Or itu meninggalkan Manchester United akhir tahun lalu.

Bagaimanapun, pihak MLS gagal mencapai persetujuan untuk menyaingi tawaran kelab Arab Saudi, Al Nassr.

Minggu ini, Messi sah akan menyertai seteru liga SKC, Miami, tetapi Vermes menolak peluang untuk menandatangani Ronaldo.

"Tidak, dia telah memuktamadkan untuk menikmati gaji lumayan selama dua tahun. Saya rasa yuran perpindahannya di luar jangkauan kami,” katanya menjelang pertemuan SKC dengan Austin FC.

 
“Pada waktu itu, kami terlintas untuk mengusahakan perjanjian itu memandangkan ada cakap-cakap mengenai dia akan ke Miami di penghujung Piala Dunia lalu.

"Ia boleh berlaku, ia adalah normal. Tetapi kedatangan Messi tetap luar biasa.”
 

Advertisement

Must Watch Video