Skip to main content

Bola Sepak

Mustahil 12 bintang Piala Dunia Tottenham dapat cukup rehat, kata Conte

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

conte.jpg
12 pemain Tottenham yang beraksi dalam Piala Dunia Qatar 2022 tidak akan dapat waktu rehat yang cukup, demikian kekecewaan yang diluahkan Antonio Conte.

Spurs akan kembali beraksi dengan menentang Brentford pada Boxing Day, hanya berselang lapan hari selepas pemain mereka -- kapten Perancis, Hugo Lloris, dan pertahanan Argentina, Cristian Romero -- berjuang dalam final Piala Dunia.

Lloris dijangka akan diletakkan di bangku pemain simpanan menentang The Bees tetapi Romero kelihatan tidak akan berada dalam skuad berkenaan.

Spurs juga terkesan dengan kehilangan Richarlison, di mana penyerang Brazil itu mengalami kecederaan paha sewaktu di Qatar.

Son Heung-min (Korea Selatan), Eric Dier dan Harry Kane (England) pula memacu pasukan masing-masing layak ke pusingan 16 dan suku akhir manakala Ivan Perisic turut mara jauh bersama Croatia.

"Saya tidak gembira," kata Conte.

"Pada satu sisi, anda gembira kerana kelab saya, Tottenham, memilik 12 pemain dalam Piala Dunia dan ia bermakna kami di landasan tepat untuk mencuba menjadi kompetitif dan memenangi sesuatu.

"Tetapi ia adalah normal apabila anda memiliki ramai pemain yang bermain dalam kejohanan seperti ini, terutama sewaktu musim sedang berjalan, dan kini ia menjadi tidak mudah kerana keadaan fizikal mereka bukan di tahap terbaik.

"Adalah mustahil untuk memberikan mereka banyak waktu rehat dan sudah pasti pemain yang tidak beraksi dalam Piala Dunia dan kami telah menjalani latihan selama empat minggu, mereka kini dalam keadaan fizikal yang baik.
 
"Kami bekerja keras daripada aspek taktikal dan fizikal dan mereka kini di tahap lebih baik berbanding pemain yang menamatkan Piala Dunia.

"Disebabkan ini, saya fikir saya perlu membuat keputusan terbaik bagi perlawanan menentang Brentford.

"Di satu sisi, saya memiliki pemain yang telah saya usahakan dengan amat baik selama empat minggu dan di satu sisi lagi, saya memiliki pemain yang berjuang dalam Piala Dunia dan tidak berada di tahap terbaik ketika ini," katanya.

Selepas bertemu Brentford, Spurs akan melayani kunjungan Aston Villa pada hari tahun baru sebelum bertemu Crystal Palace pada 4 Januari ini.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video