UCL

Musim kini telah sebenar-benarnya bermula -- Ancelotti

Stadium Astro
Adli Aidy
12/02/2025
10:41 MYT
Sponsor Banner
Musim kini telah sebenar-benarnya bermula -- Ancelotti
Musim untuk Real Madrid kini bermula, kata Carlo Ancelotti selepas berjaya bangkit untuk menewaskan Manchester City di laman sendiri dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi tadi.
Jude Bellingham menjadi wira Madris selepas menjaringkan gol minit terakhir, sekali gus mencatat kemenangan 3-2 di Stadium Etihad.
Ini bermakna Los Blancos bakal mara ke aksi kedua menentang Manchester City dengan bekalan yang selesa untuk mara ke pusingan 16. Kemenangan sudah tentu memberikan suntikan semangat buat Real Madrid mencabar saingan kali ini.
"Kami perlu sentiasa bersiap sedia seperti hari ini, dengan focus, kualiti permainan dan pengorbanan yang sama seperti malam ini.
"Kini musim bermula dengan sebenar-benarnya. Walaupun kami menghadapi kesukaran bermain di tempat lawan, kami berjaya memperolehi keputusan yang sangat baik.
"Semua orang bekerja dengan keras. Kami memperolehi banyak peluang. Kami tidak berputus asa ketika ketinggalan. Ia adalah persembahan yang seimbang dan tanpa cela. Saya rasa pasukan memang layak untuk menang," katanya
Topic Berkaitan
Must-Watch Video