Musim 'berapi' buat Darwin Nunez -- Pep Lijnders
Fatin Ruzaiman
Disember 20, 2023 11:56 MYT
Disember 20, 2023 11:56 MYT
Penolong pengurus Liverpool, Pep Lijnders berkata, Darwin Nunez mengalami "musim yang lebih baik daripada tahun lalu" dan dia melihatnya sebagai pemain 'penuh bersemangat'.
Penyerang Uruguay berusia 24 tahun itu, berhijrah dari Benfica pada 2022 menjaringkan 15 gol dalam setiap perlawanan untuk The Reds kempen lalu, menjaringkan tujuh gol setakat musim ini.
Keputusan seri 0-0 dengan Manchester United Ahad lalu menjadikan penampilan kesepuluh tanpa menjaringkan gol.
Jaringan gol terakhirnya di Liverpool adalah ketika kemenangan 2-1 Piala Carabao pusingan keempat di Bournemouth awal November lalu, tetapi Lijnders berkata Nunez tidak seharusnya dinilai berdasarkan jumlah gol semata-mata.
Menjelang perlawanan suku akhir Piala Carabao menentang West Ham di laman sendiri awal pagi esok, Lijnders berkata: “Saya rasa Darwin penuh dengan sifat keinginan dalam setiap perlawanan, dan jika kita hanya menilai pemain berdasarkan jumlah gol yang sangat tidak adil, kerana bagi kami adalah sentiasa untuk mencapai setiap sasaran atau benar-benar bermain untuk bersaing.
“Saya rasa ada hubungan yang baik antara Mo Salah dan Darwin, cara mereka bekerja bersama, membantu antara satu sama lain, dan saya rasa apa yang penting Darwin bermain jauh lebih baik berbanding musim lepas termasuk cara bagaimana dia bertahan dan melakukan serangan semula. Dia banyak membantu pasukan dan kami menjadikannya sebagai rujukan.
“Sudah lama kita bermain dengan posisi "false nine", dan kini kami ada Darwin Nunez. Dia masih mengadaptasi tetapi, saya rasa Nunez beraksi dengan sangat baik. Itulah yang penonton suka dan itulah yang kami perlukan juga. Dia hanya terus menjadi lebih baik.
“Ia sentiasa dengan jaringan, jika anda mencipta banyak gol, jaringan akan terhasil secara semula jadi. Kami mencipta dan kadangkala perlu ada sedikit tuah. Dia peroleh kepercayaan kami dan itulah perkara yang kami boleh berikan kepadanya."