Skip to main content

Bola Sepak

'Mungkin kami perlu ejekan daripada penyokong'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

amorim.jpg
Pengendali Manchester United, Ruben Amorim, mengakui pasukannya mungkin 'memerlukan ejekan' selepas akur tewas kepada ASEAN All-Stars 0-1 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.

Selepas menamatkan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) yang mengecewakan, The Red Devils terbang ke Malaysia untuk bersaing dalam kempen siri jelajah mereka.

Susulan selepas wisel penamat dibunyikan, laungan serta ejekan mula didengari di sekitar stadium dengan peminat menyuarakan pandangan mereka selepas satu lagi persembahan buruk mereka.

"Saya sentiasa rasa bersalah. Saya berkata begitu dalam perlawanan akhir. Saya sentiasa bersalah dengan prestasi pasukan.



 


"Kemudian ejekan daripada penyokong adalah sesuatu yang kami perlukan, mungkin setiap perlawanan yang kami tewas dalam kempem EPL, mereka sentiasa ada." katanya.

United menduduki tangga ke-15 dalam carta EPL, hanya 42 mata sekali gus meruoakan kempen terburuk mereka sejak musim penyingkiran pada 1973-74.



Jaringan tunggal ASEAN All-Star adalah menerusi Maung Maung Lwin  pada minit ke-71.

Advertisement

Must Watch Video