Thomas Muller dan Manuel Neuer akan terlepas aksi Der Klassiker berdepan Borussia Dortmund.
Penyerang Bayern Munich, Muller, mengalami kecederaan buku lali dan terpaksa menyaksikan pasukannya tumpas kepada Hoffenheim 1-0, Selasa lalu.
Neuer pula terlepas aksi perlawanan sejak 19 Mac selepas menjalani pembedahan tapak kaki.
Pengendali pasukan, Carlo Ancelotti, mengesahkan kedua-dua pemain tidak akan turun berdepan Dortmund di Allianz Arena dan berharap mereka pulih sepenuhnya bagi aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Real Madrid, minggu hadapan.
"Terlalu awal buat Manuel Neuer -- kami tidak mahu mengambil risiko," kata Ancelotti.
"Tetapi dia dan Thomas Muller akan kembali pulih untuk aksi berdepan Real Madrid."
Terdapat beberapa keraguan melibatkan Robert Lewandowski yang mungkin turut terlepas aksi hujung minggu ini kerana dilihat mengalami kecederaan pangkal paha ketika sesi latihan.
Bagaimanapun, Ancelotti menjelaskan bahawa pemain kebangsaan Poland itu dan pemain pertahanan, Jerome Boateng, bebas daripada kecederaan.
"Kami memerlukan kesebelasan utama yang terbaik.
"Lewandowski cergas untuk perlawanan ini. Boateng pula akan mengetuai barisan pertahanan kami."