Skip to main content

Bola Sepak

Mulakan musim baru tanpa hutang, belanja ikut kemampuan -- Nafas baru Kelantan Darul Naim beri tanda positif

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kdn.jpg
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baru Kelantan Darul Naim (KDN), Datuk Mohd Irwan Rizal, mempercayai kelabnya mampu memperoleh lesen kebangsaan, sekali gus kekal beraksi dalam kancah Liga Super Malaysia, musim depan.

Tegasnya, pihak pengurusan kini sedang berusaha keras demi memastikan segala kriteria yang diperlukan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dapat dipenuhi sebelum tarikh permohonan ditutup, esok.

Fokus utamanya usai pelantikan Khamis lalu, ialah untuk memastikan segala tunggakan gaji diselesaikan segera. 

Dia turut memaklumkan Kelantan Darul Naim akan melakukan rombakan besar-besaran bagi membentuk skuad yang mampu berdaya saing dalam saingan tempatan. 

Ahli korporat berusia 44 tahun itu turut memberi jaminan bahawa dia akan memastikan skuad Pantai Timur itu tidak lagi berdepan masalah yang sama pada masa akan datang.

"Perkembangan amat positif. Pihak kami komited memastikan setiap syarat diperlukan akan dipenuhi secepat mungkin. 

 

"Ada sedikit sahaja dokumen akan diselesaikan sebelum esok dan tunggu sahaja keputusan MFL dengan harapan ia memihak kepada kami.

"Sekarang, dalam proses menyelesaikan tunggakan secara berperingkat dengan persetujuan dua pihak. 

"Fokus kami, kami mahu memulakan musim baru dengan tiada sebarang hutang. 

"Kami akan berbelanja secara berhemah mengikut kemampuan," katanya di Nadi Arena. 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video