LIGA SUPER MSIA
Muka baru barisi FAS
Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) diberi nafas baru menerusi pemilihan beberapa muka baru yang mempunyai latar belakang berbeza dalam Kongres Tahunan Ke-69 dan Ke-70 FAS hari ini.
Paling mencuri tumpuan, Datuk Abdul Rauf Ahmad yang juga bekas pengurus pasukan Selangor dipilih sebagai naib presiden 1, sekali gus bakal memainkan peranan besar dalam persatuan itu apabila difahamkan membabitkan bahagian pemasaran dan kewangan.
Pemilihan Dr. Wirdati Mohd Radzi sebagai antara tujuh muka baru dalam ahli jawatankuasa eksekutif juga menarik perhatian kerana dia hadir dengan reputasi hebat selaku bekas Pesuruhjaya Sukan (PJS).
Iklan
Namun, kongres kali ini turut menyaksikan bekas pemain tengah Gergasi Merah, Nazzab Hidzan, selain individu berpengaruh seperti Mustaza Ahmad dan Datuk Shahrizal Sahri antara yang tidak mempertahankan jawatan masing-masing.
"Ini pemilihan pertama yang melibatkan tengku (Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah) sejak dipilih sebagai presiden pada 2018.
"Edisi kali ini memberi peluang kepada kami membuat perubahan sejak penswastaan pada 2020 apabila memisahkan kelab profesional dengan persatuan.
"Kami memberi nafas baru kepada tuanku," kata Setiausaha Agung FAS, Izrin Nabil Ismail.
Must-Watch Video