BOLA SEPAK
MU terlepas dua bintang dengan harga durian runtuh
Bekas pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer sebelum ini pernah menawarkan peluang kepada bekas majikannya untuk mendapatkan khidmat penyerang sensasi, Erling Haaland dengan harga yang lebih murah.
Dia juga sebelum ini turut hampir membawa masuk Jude Bellingham ketika masih berusia 17 tahun kerana mempunyai visi akan pemain berkenaan yang bakal menjadi pemain ternama.
Dua bintang yang semakin bersinar itu kini masing-masing sedang beraksi bersama kelab gergasi Manchester City, dan Real Madrid.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya melatih Haaland di Molde FK, selama dua musim. Satu musim sebelum saya melatih Manchester United. Saya menyarankan kepada mereka untuk mendapat Haaland, kerana dia akan menjadi bintang besar. Tetapi mereka tetap katakan 'tidak'.
"Saya memaklumkan secara terus kepada mereka untuk membeli Haaland, sementara masih terdapat klausa pelepasan tetapi tetap tiada yang mahu membeli. - katanya melalui Daily Mail
"Ketika Jude Bellingham berada di Carrington, saya juga berada di sana bersama Sir Alex Ferguson, Bryan Robson, dan Eric Cantona. Kami berbicara mengenai pemain itu dan berkenaan apa yang dia mahukan dalam skuad utama. Dia merupakan pemain berusia 17 tahun paling matang saya pernah jumpa, dia mempunyai rancangan yang lebih jauh ke hadapan."