Skip to main content

Bola Sepak

MPLMY S15: DX Soul sedia keluar 'senjata rahsia' berdepan Monster Vicious

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dx.jpg
Kapten DX Soul, Muhammad Nur Faizal Bin Nazri, atau turut dikenali sebagai Keymin berkongsikan perasaan bercampur baur selepas memacu pasukannya mara ke pusingan kalah mati Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang (MPLMY) musim ini.

Dia turut berkonsikan bakal mengeluarkan 'senjata rahsia' dengan meletakkan sasaran mara Mid Season Cup (MSC) 2025. 

"Pengalaman sangat mendebarkan memandangkan baru pertama kali dalam saingan MPLMY ini, tetapi turut gembira apabila dapat mara ke pusingan kalah mati.

"Apabila masuk ke pusingan ini, kami akan masih berikan aksi terbaik untuk melayakkan diri Mid Season Cup (MSC). 






"Apabila kami lihat prestasi kami, kami rasa pasukan kami kuat dan sudah jangka kami mampu mara ke pusingan enam terbaik. Mungkin aksi akan sengit dalam pusingan kalah mati nanti." katanya.

Pusingan kalah mati MPLMY S-15 bakal berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara, Sabtu ini dengan mereka akan berdepan Monster Vicious.

Untuk rekod, DX Soul tewas kepada Monster Vicious dalam saingan peringkat kumpulan sebelum ini.

Advertisement

Must Watch Video