Moyes lulus ujian pertama kembali ke Everton

Shaiful Shamsudin
Januari 20, 2025 11:33 MYT
EVERTON 3 TOTTENHAM 1
David Moyes gembira dengan permulaan garang Everton dengan menewaskan Tottenham 3-2 bagi meraikan kemenangan pertamanya sebagai pengurus kelab itu buat kali kedua.
Permulaan cemerlang tuan rumah di Goodison Park menyaksikan mereka mendahului dengan tiga gol dalam separuh masa menerusi jaringan Dominic Calvert-Lewin, Iliman Ndiaye dan gol sendiri daripada Archie Gray.
Ia kali pertama sejak mereka yang ketika itu di bawah kendalian Ronald Koeman masuk ke bilik persalinan dengan kelebihan 3-0 ketika menentang Bournemouth pada Februari 2017.
Spurs memperkemaskan permainan selepas rehat dan menghasilkan jaringan lewat menerusi Dejan Kulusevski dan Richarlison, tetapi The Toffees kental bertahan untuk kemenangan yang tidak ternilai itu, manakala Moyes sangat gembira dengan persembahan anak buahnya dalam babak pertama.

The Toffees. 💙 pic.twitter.com/crK20DFMa9

— Everton (@Everton) January 19, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Hari ini kami beraksi dengan sangat baik terutama dalam separuh masa pertama,” katanya kepada BBC Sport.
"Kami meledak tiga gol dan mungkin patut menambah beberapa gol lagi.
"Kemudian kami hampir mendapatkan gol keempat sebelum mereka menjadikan kedudukan 3-1."
#EPL
;