Jose Mourinho mendedikasikan kemenangan Manchester United ke atas Burnley semalam kepada Ed Woodward selepas peminat melancarkan protes terhadap naib pengerusi eksekutif itu sebelum perlawanan.
United bangkit daripada kekalahan kepada Brighton & Hove Albion dan Tottenham dengan kemenangan 2-0 di Turf Moor yang menyaksikan Romelu Lukaku menjaringkan kedua-dua gol buat pelawat.
Sekumpulan peminat mengupah pesawat untuk terbang melewati stadium itu dengan membawa sepanduk yang tertulis 'Ed Woodward -- pakar kepada kegagalan' sebelum sepak mula manakala peminat yang mengikuti rombongan di tempat lawan itu menunjukkan sokongan terhadap Mourinho dengan melaungkan namanya sepanjang perlawanan.
Protes itu mencerminkan hakikat bahawa segelintir peminat berdiri teguh di belakang Mourinho selepas pemain yang ingin dipancing pengurus itu dibantah Woodward.
Bagaimanapun, apabila ditanya mengenai tindak balasnya kepada sepanduk tersebut, Mourinho menawarkan respons yang menggembirakan.
"Saya tidak melihat ke langit kecuali saya meminta bantuan tuhan!" beliau memberitahu sidang akhbar. "Saya tidak nampak pesawat itu tetapi Ed Woodward menang 2-0 pada hari ini (awal pagi tadi)."
United sepatutnya menang dengan bergaya, namun Paul Pogba gagal menyudahkan penalti manakala Marcus Rashford dilayangkan kad merah serta-merta dalam babak kedua.
Burnley berjuang untuk bangkit tetapi gagal mengelak kekalahan ketiga berturut-turut liga selain disingkirkan dalam play-off Liga Europa kepada Olympiacos.
"Kekecewaan perlu ditelan dengan hakikat," kata pengurus Burnley, Sean Dyche, kepada BBC Sport. "Manchester United merupakan pasukan yang sangat mantap. Mereka bermula garang, pantas membuat hantaran dan bertahan dengan kental.
"Kadang-kadang ada keseimbangan daripada kekecewaan ini. Kami mendapat gol, jaringan pada separuh masa pertama menghukum kami.
"Saya fikir persembahan Lukaku sangat baik, ia adalah sesuatu yang aneh kerana kami meraih pengalaman yang berguna dalam tempoh masa yang sukar."