Skip to main content

Bola Sepak

Mourinho tidak boleh terus beri peluang buat Ndombele

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tanguy-ndombele-cropped_tzs05q2wuvl61fklvw2llsvfi.jpg
Jose Mourinho berang dengan persembahan Tanguy Ndombele sewaktu Tottenham Hotspur diikat 1-1 menentang Burnley semalam dan dia memberi amaran bahawa sudah mula hilang sabar.

Pemain termahal kelab, Ndombele, diletakkan dalam kesebelasan utama bersama Oliver Skipp di bahagian tengah dalam aksi di Turf Moor dan Spurs tampak goyah apabila menuju rehat ketinggalan hasil ledakan Chris Wood.

Perubahan taktikal daripada tiga pertahanan menyaksikan Skipp dan Ndombele memberi laluan buat Lucas Moura dan Giovanni Lo Celso yang kemudian memainkan peranan meraih gol penyamaan.

Lo Celso melorongkan bola buat Erik Lamela sebelum dijatuhkan Ben Mee dan Dele Alli menyempurnakan sepakan penalti dalam penampilan ke-50 liga.

"Saya fikir kualiti Lucas dan Lo Celso memberikan perbezaan," kata Mourinho.

"Selepas rehat, kami meraih sesuatu yang kurang dalam babak pertama, jadi kami meningkat dengan bagus bagi aksi separuh masa kedua."

"Saya rasa kepenatan juga satu faktor. Lihat Lucas, Lo Celso, Steven Bergwijn dan Alli, impak yang diberikan. Saya tidak mahu bertanya tentang itu.

"Saya menjangkakan pemain tidak kepenatan untuk menyumbang buat pasukan dan sesetengah pemain perlu sedar ini adalah Liga Perdana Inggeris."

Advertisement

Must Watch Video