Pengurus Manchester United, Jose Mourinho, menjelaskan dia terpaksa 'merayu' untuk pergi ketika menjadi pengurus di Real Madrid sambil menyifatkan perkara itu tidak akan berlaku di Old Trafford.
Mourinho berada di Santiago Bernabeu selama tiga tahun selepas mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kontrak pada Mei 2013 walaupun masih mempunyai baki kontrak selama tiga tahun.
Pengurus dari Portugal itu kembali ke Chelsea buat kali kedua sebulan kemudian sebelum berhijrah ke Old Trafford untuk musim 2016/17.
“Secara jujur, dengan struktur kelab di Madrid, mereka mahukan saya untuk kekal dan tidak mahu saya pergi.
“Semua pihak, termasuk presiden, pegawai eksekutif serta pengurusan mahu saya terus memegang jawatan itu dan saya terpaksa merayu untuk membiarkan saya pergi,” kata Mourinho.
“Bagaimanapun, itu tidak akan berlaku di sini kerana saya tidak mahu meninggalkan Manchester United,” tambahnya.
Mourinho memenangi kejuaraan Piala EFL dan Liga Europa pada musim pertamanya di Old Trafford, sekaligus mengesahkan tempat dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim 2017/18.