BOLA SEPAK

Mourinho dijangka ambil alih skuad Brazil -- Carlos Alberto

Ammar Hakim 10/01/2023 | 01:00 MYT
Ketua jurulatih Roma, Jose Mourinho, bersedia untuk mengambil alih tugas sebagai pengendali Brazil yang seterusnya, menurut bekas pemain antarabangsa Selecao, Carlos Alberto.
Brazil sedang mencari ketua jurulatih baharu selepas Tite mengambil keputusan untuk mengundur diri, seperti yang dirancang, berikutan kekalahan mengecewakan Brazil kepada Croatia pada suku akhir Piala Dunia bulan lalu.
Mourinho adalah salah satu daripada beberapa nama yang dilaporkan, manakala pengendali berusia 59 tahun itu juga disebut-sebut sebagai sasaran buat Portugal berikutan Fernando Santos meletak jawatan, dan Roberto Martinez telah dilantik mengendali Portugal.
Carlos Alberto, yang memenangi Liga Juara-Juara di bawah Mourinho di Porto, berkata dia telah ditawarkan peluang untuk bekerja bersama pengendali kelahiran Portugal itu sebagai sebahagian daripada kakitangan kejurulatihan Brazil.
"Mungkin [Mourinho] akan dilantik sebagai jurulatih pasukan Brazil. Saya bercakap secara langsung. Ia adalah maklumat.
"Tidak kira dari mana maklumat itu datang, saya memberi anda maklumat... kerana dia juga menjemput saya [sebagai jurulatih keduanya]."
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
;