Skip to main content

Bola Sepak

Mourinho didenda dan digantung tiga perlawanan kerana picit hidung jurulatih lawan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

moruinho_1.jpg
Pengurus Fenerbahce, Jose Mourinho, telah digantung tiga perlawanan dan didenda selepas memicit hidung jurulatih Galatasaray, Okan Buruk dalam perlawanan derby Istanbul, kata Persekutuan Bola Sepak Turki (TFF) semalam.

Insiden itu berlaku pada penghujung suku akhir Piala Turki Rabu lalu, yang mana pasukan Mourinho tewas 2-1 di laman sendiri.

Pergaduhan besar-besaran telah berlaku antara kedua-dua pasukan, dengan pengadil mengeluarkan tiga pemain, dua dari Galatasaray, dan selepas wisel penamat, pengendali kelahiran Portugal berusia 62 tahun itu kelihatan mencubit hidung Buruk yang kemudiannya jatuh di atas padang.

“Mourinho akan dilarang daripada memasuki bilik persalinan dan bangku simpanan untuk tiga perlawanan rasmi,” kata TFF dalam satu kenyataan.

Mourinho akan terlepas perlawanan menentang Trabzonspor, Sivasspor dan Kayserispor.

Fenerbahce berada di tempat kedua dalam Super Lig, mengekori pendahulu Galatasaray dengan enam mata dengan satu perlawanan dalam tangan.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video