Skip to main content

Bola Sepak

Mounie bantu Huddersfield keluar zon penyingkiran

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

steve-mounie.jpg
HUDDERSFIELD 4 BOURNEMOUTH 1

Steve Mounie memainkan watak wira apabila dua golnya membantu Huddersfield Town mengakhiri badi lima kekalahan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kemenangan 4-1 ke atas skuad yang berada di kemuncak prestasi, Bournemouth, sebentar tadi. 


Mounie, yang bergelut mempamerkan aksi konsisten sejak tiba dengan rekod pembelian termahal, £11.5 juta (RM62.9J), semasa pra-musim lalu, menampilkan permainan sempurna untuk memberi inspirasi kepada kemenangan pertama liga sejak 16 Disember lalu. 

Sepanjang tempoh itu, anak buah David Wagner hanya sekali menemui sentuhan penyudah manakala gagal menghasilkan dua gol dalam perlawanan sejak mengalahkan Watford 4-1 pada pertengahan Disember lalu.

Aksi garang pada awal permainan jelas mengejutkan skuad dengan jolokan Cherries itu yang belum tewas dalam tujuh perlawanan. 

Alex Pritchard memberi tekanan awal kepada pelawat, namun Junior Stanislas berjaya menyamakan kedudukan itu tidak lama kemudian. 

Huddersfield kembali di depan menerusi Mounie, yang berperanan dalam pembikinan gol pertama mereka. 

Bournemouth mendapati tugas mereka bertambah sukar selepas permainan bersambung. 

Mounie terus menyerlah apabila menjaringkan gol kedua peribadinya ketika 24 minit menuju tamat permainan sebelum penalti lewat Rajiv van La Parra mengukuhkan lagi kedudukan Huddersfield -- yang hampir pasti kehilangan Aaron Mooy akibat kecederaan lutut yang serius -- sekaligus membawa mereka keluar dari zon penyingkiran di tangga ke-16. 



 

Advertisement

Must Watch Video