Majlis menandatangani memorendum persefahaman (MoU) di antara Perak FC dan Kelab Bundesliga, Wolfsburg, hari ini merupakan satu titik permulaan baru penuh bersejarah buat kebangkitan The Bos Gaurus.
Ketua jurulatih Perak FC, Lim Teong Kim, berharap kerjasama terbaru itu akan mampu memantapkan pasukan itu menjelang kepulangan mereka ke dalam saingan Liga Super musim depan.
Dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Syen Yeoh, Teong Kim berkata: "Ia memang akan memberikan banyak manfaat buat peminat bola sepak Malaysia dan juga buat pemain dan jurulatih di Perak.
"Kerana ia akan membuka peluang buat mereka untuk ke Wolfsburg, mempelajari cara latihan bola sepak di taraf yang lebih tinggi dan jurulatih juga boleh mempelajari cara bola sepak terkini di Eropah.
"Kerjasama dengan Wolfsburg ini memang sesuatu yang baik," katanya.