Sensasi pelumba muda meningkat naik negara, Hakim Danish Ramli, dalam saingan Red Bull MotoGP Rookies Cup dan Kejuaraan Dunia FIM Junior GP, menyatupadukan semua pihak untuk mencari solusi terbaik buat pelumba berusia 17 tahun itu agar dapat terus menyinar di Eropah.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memohon dana tambahan daripada Kementerian Kewangan bagi membantu Hakim Danish mengekalkan dominasinya dalam saingan Rookies Cup, sekali gus berada di posisi hadapan menyambar slot wildcard beraksi dalam Kejuaraan Dunia MotoGP Malaysia 2025 pada Oktober ini dan 2026.
Hakim Danish merupakan permata baru sukan permotoran dua roda negara menerusi tunggangan berkelas dunia sepanjang beraksi di pentas elit di Eropah.
Difahamkan, kekangan dana menjadi agenda utama sehingga permohonan geran Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN) tidak dapat dipenuhi berikutan dana yang terhad dan pemohon yang ramai.
Pelumba muda itu bersama pihak pengurusannya, ZK Racing, memerlukan suntikan dana bagi tujuan perbelanjaan mendapatkan jentera terbaik.
Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Azhan Shafriman Hanif, berkata kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis: "Kami sedar sebanyak mana tetapi ia masih dalam pembentangan yang perlu dibentangkan kepada Ahli Lembaga Pengarah untuk mendapatkan kelulusan.
"Apabila sudah ada keputusan, kami akan membuat pengumuman. Setakat ini positif, Insya-Allah kami akan merealisasikannya.
"Sudah pasti ramai yang mahu menyaksikan Hakim Danish beraksi di laman kita sendiri di Sepang
"Kalau dia menang Red Bull Rookies tahun ini, dia akan layak secara automatik (sebagai pelumba wildcard) tahun depan."