Skip to main content

Bola Sepak

Mora: Hazwan, Afiq mungkin terlepas aksi berdepan Kelantan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

benjaminmora2.jpg
Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora, belum dapat memberikan kepastian sama ada penyerang utamanya, Ahmad Hazwan Bakri, dan tonggak tengah, Afiq Fazail, akan diturunkan untuk aksi Liga Super berdepan Kelantan malam esok.

Bagi menghadapi aksi Liga Super seterusnya berdepan Kelantan di Stadium Sultan Mohammed Ke-IV, Mora akan membuat pemantauan serta penilaian terhadap tahap kecergasan Hazwan dan Afiq sebelum membuat sebarang keputusan.

"Kami akan membuat keputusan berdasarkan laporan fisioterapi kedua-dua pemain ini. Saya berasakan Afiq mungkin beraksi tetapi Hazwan akan terus menjalani proses pemulihan," katanya.

Jika mereka terpaksa direhatkan, Mora tetap yakin pemain-pemain lain yang diturunkan mampu menggalas tugas berdepan The Red Warriors.

Keutamaan Mora adalah mengekalkan momentum kemenangan selepas kejayaan menewaskan Melaka 7-0, kelmarin.

"Kami mempunyai 29 pemain yang berkualiti dan saya sentiasa menasihatkan kepada pemain supaya sentiasa bersiap-sedia, cergas serta fokus kepada objektif utama pasukan mahu kembali di persada liga. Jika kami menang aksi seterusnya, kami akan mendahului liga dan itu sasaran utama kami."

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video