UCL
Monchi: Roma jauh lebih baik berbanding Barcelona
Pengarah Sukan AS Roma, Monchi, percaya pasukannya berhak meraikan kemenangan hebat apabila memadamkan kelebihan yang dimiliki Barcelona dalam aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah di Stadium Olimpico, awal pagi semalam.
Skuad kendalian Eusebio Di Francesco itu tewas 4-1 dalam aksi pertama di Camp Nou, namun jaringan dramatic Kostas Manolas membolehkan Giallorossi meraih kemenangan 3-0 untuk melayakkan diri ke separuh akhir menerusi peraturan gol di tempat lawan.
“Pada pendapat saya, kami jelas lebih bagus,” kata Monchi.
Iklan
“Mereka memiliki Luis Suarez, Lionel Messi, Andres Iniesta dan Ivan Rakitic tetapi kami tetap rasa mampu menjaringkan gol.
“Penjaga gol Roma, Alisson, tidak menyelamatkan sebarang percubaan, jadi ia bukti paling jelas kami lebih bagus berbanding mereka dalam kedua-dua aksi.
“Ia adalah kemenangan Di Francesco yang telah mengubah taktikal. Ia satu keputusan yang sukar dan berisiko tetapi pilihan yang tepat.”
Monchi merupakan individu yang mengemudi Sevilla sewaktu menjulang lima kejuaraan Piala UEFA dan Liga Europa ketika memegang jawatan sama di Roman Sanchez Pizjuan dan dia berharap skuad Andalusians mampu memadamkan defisit 2-1 yang dimiliki Bayern Munich untuk turut menempah tiket separuh akhir.
“Saya gembira untuk bertemu Sevilla dalam separuh akhir tetapi mereka harus menyingkirkan Bayern. Tidak mustahil untuk berdepan pasukan yang lebih baik berbanding Barca,” tambahnya.
Must-Watch Video