Skip to main content

Bola Sepak

Monchi: Mahrez masih sasaran Roma

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

riyad-mahrez-290717.jpg
Riyad Mahrez masih menjadi buruan kelab Serie A, AS Roma, namun tidak akan mengemukakan tawaran ketiga buat pemain sayap Leicester City itu, menurut Pengarah Urusan Roma, Monchi.

Selepas melepaskan Mohamed Salah ke Liverpool, Roma telah membida sebanyak dua kali dalam usaha membawa Mahrez ke Stadio Olimpico.

Bagaimanapun, usaha Roma menemui jalan sukar apabila juara Liga Perdana Inggeris (EPL) 2015/16 itu meminta yuran perpindahan berjumlah GBP50 juta (RM281 juta) bagi mendapatkan khidmat pemain Algeria itu.

“Kami tidak hanya mengejar seorang pemain,” kata Monchi.

“Secara logik, kami memiliki pilihan lain. Mahrez menjadi tumpuan media manakala pemain lain tidak.

“Selepas melakukan tawaran kedua, mungkin kami terpaksa beralih kepada pilihan lain,” tambahnya.

Dalam masa sama, Monchi turut menafikan spekulasi mengenai pertahanan, Kostas Manolas, yang dilaporkan bakal menyertai Juventus bagi menggantikan tempat pemain Itali, Leonardo Bonucci, yang sudah ke AC Milan.

Ditambah dengan penghijrahan Antonio Rudiger ke Chelsea, Roma tidak mampu untuk kehilangan seorang lagi tunjang utama pasukan.

"Manolas akan kekal di Rome, dia amat gembira dan akan bersama kami untuk satu jangka masa panjang,” ujar Monchi.

Advertisement

Must Watch Video